PERMINTAAN TERAKHIR


PERMINTAAN TERAKHIR

Karya: AellieaTarikh
Disenarai: 07 July, 2004

Malam semakin larut. Sesekali kedengaran jelas bayu malam berhembusan dingin memecah kesunyianmalam. Jam di dinding sudah mencecah ke angka dua pagi. Baringannya semakin merimaskan.Kesakitan yang cuba dilawannya semakin menyakitkan. Nalia mencuit lengan adiknya, Nadia di sisinyaperlahan. Nadia terjaga dari lena.”Akak sakit ke?” tanya Nadia risau. Nalia hanya mengangguk lemah. Berkerut-kerut dahinya menahansakit. Peluh sudah membasahi mukanya. Nadia bangun lalu mencapai botol-botol ubat di sisi katil. Jagberisi air masak dituang ke dalam gelas lalu membantu Nalia memakan ubat. Air mata yang mengalirsegera diseka Nadia. Tersentuh hatinya melihatkan keadaan kakaknya yang terlantar begitu sejak duabulan yang lalu kerana kanser tulang yang dihadapinya.

Tubuh Nalia dibetulkan agar lebih selesabaringnya. Selimut tebal yang sudah terselak sehingga ke betis segera dicapai lalu ¬†menutup tubuh Naliasehingga ke paras dada.”Akak nak Dia panggilkan Mama?” tanya Nadia semakin risau. Nalia hanya menggelengkan kepala.Nadia mengurut kaki dan tangan Nalia agar dapat mengurangkan sedikit kesakitannya walaupun dia tahuNalia ibarat gadis yang telah lumpuh di perbaringan.”Dia, akak nak Dia janji dengan akak. Kalau ditakdirkan, akak dah tak ada nanti, berikan surat di atasmeja tu kepada Kak Liana. Hanya itu permintaan terakhir akak,” pesan Nalia tersekat-sekat. Nadia hanyamengangguk. Tiada apa yang dapat dilafazkan lagi. Kata-kata doktor sudah cukup sebagai persediaanuntuk mereka sekeluarga menerima setiap takdir yang menimpa. Penyakit Nalia sudah di tahap kritikal.Sudah seminggu Nalia keluar dari hospital setelah tiada ikhtiar lagi dari pihak hospital. Pembedahanjuga tidak mahu dijalaninya. Dia tidak mahu mati dengan kekurangan fizikal yang Tuhan berikan.Itupermintaan terakhirnya.

Nalia tidak setuju untuk menjalani rawatan kimoterapi yang menyakitkansedangkan keputusannya belum tentu akan menggembirakan hatinya. Dia tidak mahu menyusahkansesiapa lagi. Andai ajal telah ditetapkan, berubat sehebat mana pun, malaikat tetap akan mengambilnyawanya. Itu alasan yang sering diberinya. Nalia tidak putus semangat atau putus asa. Cuma, dia mahuorang di sekelilingnya menghormati keputusan yang dia beri. Dia mahu habiskan sisa hidupnya dengankeluarga dan orang yang disayanginya kecuali Hazrul. Sejak malam itu, dia sengaja tidak menghubungijejaka itu.”Dia janji, kak,” janji Nadia. Nalia memejamkan matanya. Pasti ubat tadi sudah mula memberikankesan. Nadia mengusap ubun rambut kakaknya yang sudah banyak gugur. Dahi yang sudah tidak segebudulu diciumnya lama. Kelak dahi itu tidak lagi dapat diciumnya. Kemudian pipi cengkung Nalia pulamenjadi persinggahan bibirnya.Sesekali kedengaran nafasnya bagaikan tersekat. Ada ketikanya dahinya berkerut menahan kesakitan. Nalia menyeka air mata yang gugur tanpa dimintanya. Tiga tahun di luar negeri sudah cukupmenjarakkan dirinya dengan kakak kesayangannya itu.

Dia tidak mahu satu-satunya kakak yangdimilikinya itu hilang dari pandangan matanya. Sudah terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukanoleh Nalia sehingga dia sanggup mengenepikan perasaan dan masa depannya sendiri. Sehingga ke akhirhayatnya, belum tentu jasa-jasa kakaknya itu dapat dibalas. Saat ini, hanya ini satu-satunya pengorbananyang dapat dilakukan. Biarlah dia kehilangan pekerjaan asalkan dia tidak kehilangan kakaknya.* *Nalia terjaga dari tidurnya apabila terasa ada jemari yang mengusap pipinya yang tidak lagi semonteldulu. Wajah Liana tenang di sisinya walaupun sudah basah dek air mata. Nadia di sisi hanya menjadipemerhati. Sedetik pun jika boleh tidak ingin dia jauh dari pandangan kakaknya.”Kenapa kau rahsiakan dari kami, Nell?” tanya Liana kesal dalam tangisan. Nalia hanya tersenyum.”Tak ada bezanya Nell bagitahu atau tidak. Kematian tetap suatu suratan. Nell redha, Yan,” jawabnyatenang. Liana memeluk tubuh yang tidak lagi setegap beberapa bulan yang lalu. Pertemuan di MajlisPertemuan semula kolej mereka bagaikan suatu mimpi. Nalia berdiri anggun bergaya dan menawan dihadapannya. Senyuman mekar di kelopak bibirnya. Nalia yang masih rancak bercerita tentang zamankolej mereka. Nalia yang masih mampu ketawa dan tergelak. Nalia yang masih diusik dan manja. Naliayang tidak pernah kering dengan sifat pemaafnya. Tapi hari ini Nalia sudah berubah. Wajah itu semakincengkung. Tubuh itu hanya terlantar di atas katil. Senyumannya tidak lagi seayu dulu. Cerianya sudahhilang ditelan kesakitan.”Tapi Nell tak patut rahsiakan dari Yan kalau betul kita kawan baik. Nell lupa, kunci sebuahpersahabatan adalah kejujuran dan kesudian kita untuk berkongsi setiap suka dan duka. Lainlah kalauNell dah tak anggap Yan ni kawan Nell,” leter Liana sedikit kesal. Nalia ketawa kecil. Liana tetapseperti dulu. Cepat merajuk. Aku akan merindui sifat manjamu itu, Yan.”Tak apalah. Sekurang-kurangnya Nell masih bernafas. Yan masih sempat jumpa Nell. Itu yang penting.””Sejak bila Nell sakit ni? Patutlah malam tu Nell nampak lain sangat. Yan dah agak mesti ada sesuatuyang tak kena dengan Nell.””Semuanya bermula lima tahun dahulu. Yan ingat lagi tak, Nell pernah cakap pada malam tu yang Nellbaru ditinggalkan keretapi.” Liana hanya mengiakan saja. Nalia mengalihkan pandangannya ke luartingkap. Sayu renungannya.”Nell baru naik pangkat masa tu. Tak lama kemudian, orang yang Nell sayang tinggalkan Nell untukberkahwin dengan kawan Nell sendiri. Nell bawa diri sambung belajar ke US selama dua tahun. Tahunlepas, Nell kemalangan di sana. Siapa sangka kemalangan tu telah mengesahkan Nell menghidap barahtulang. Kalau tak kerana tu, Nell takan balik ke sini. Nell takkan jumpa Yan. Nell takkan dapat tengokmuka putera hati Nell untuk kali terakhir. Nell bersyukur di atas apa yang terjadi sebab Nell tahu ada hikmah di sebalik semua takdir ini,” ceritanya lemah.”Nell nak jumpa putera?” tanya Liana tanpa Nalia duga. Hanya senyuman terukir di bibirnya. “Nell dah jumpa dia dan Nell tak terkilan andai Tuhan ambil nyawa Nell hari ini. Nell tahu, Iza takbermaksud nak buat Nell macam tu. Nell faham perasaan dia. Dia sayangkan Hazrul. Begitu payah diacuba dapatkan Hazrul. Sekurang-kurangnya dia berusaha. Tak macam Nell. Menanti macam punggukrindukan bulan.”Nalia berpaling ke wajah Liana yang sudah reda dari tangisnya. “Yan, janji dengan Nell. Ini permintaanterakhir dari Nell. Rahsiakan perkara ni dari Hazrul.

Nell tak nak dia lebih terluka. Biarlah dia tak tahudari dia meratapi pemergian Nell. Semua impian Nell dah tertunai. Nell dah bersedia untuk pergi”,pintanya. Liana hanya mengangguk.”Yan janji. Yan akan tunaikan permintaan Nell,” janjinya. Jemari Nalia erat di dalam genggamannya.Hanya itu perngorbanan terakhir yang mampu dilaksanakannya. Perpisahan selama enam tahun dulusudah cukup merugikannya. Dia tidak mahu terkilan pula kali ini. Demi Nalia dia sanggup buat apa saja.****************Sudah dua hari Liana berada di rumah Nalia. Kebetulan suaminya berkursus ke utara SemenanjungMalaysia selama seminggu memberikannya peluang untuk berada di sisi Nalia. Sudah sebulan Naliatidak bangun dari baringnya. Jika sebelum ini sekurang-kurangnya dia masih mampu duduk di kerusiroda kini tubuh itu sudah terlalu lemah untuk bergerak.Matanya yang bulat galak sudah hilang indahnya. Tubuh yang tidak lagi berselera menerima makanankini sudah tinggal tulang. Tempoh hayat yang doktor berikan sudah melewati dua bulan. Barangkali inisatu berita yang baik untuk mereka yang mengasihinya.”Yan menangis lagi ke?” tegur Nalia. Liana hanya ketawa kecil.”Mata masuk habuklah,” dalihnya sambil mengesat air mata.”Apasal mata Nell tak masuk habuk pun?” jerat Nalia. Liana menggaru kepala yang tidak gatal.”Got you!”. Mereka ketawa serentak. Liana mengusap lengan Nalia yang semakin susut.”Nell masih sayangkan putera?” tanya Liana.”Cinta pertama, Yan. Dan, cinta pertama tak semestinya berakhir dengan perkahwinan. Cinta pertamaselalunya mematangkan kita. Dan cinta pertama selalunya lebih kita kenang dari cinta selepasnya.””Kalau ditakdirkan dia muncul di saat ni, Nell nak jumpa dia?” duganya. “Nell tak sanggup nak jumpa dia dengan keadaan Nell begini. Lagipun, Nell takut Nell tak sekuat malamtu, Yan. Bila Nell tengok dia, Nell rasa gembira sangat. Sekurang-kurangnya Nell tak terkilan. SekurangkurangnyaNell boleh dengar suara dia untuk kali terakhir. Dan, yang paling penting, Nell tahu selama niwalaupun sudah terlambat, Nell tak pernah bertepuk sebelah tangan”.”You’re so tough, Nell. I’m glad to be you’re friend.” Nalia tersenyum.”Me too.” Mereka berpelukan erat bagaikan tidak mahu berpisah.”Yan, Nell mengantuklah. Boleh Nell tidur atas riba Yan?” pintanya. Liana membetulkan duduknya lalumemangku kepala Nalia ke ribanya. Jemari kanan Nalia mengusap perlahan perut Liana yang sedangmengandung lima bulan.”Agaknya sempat tak Nell nak jumpa baby ni, Yan?” tanyanya meruntun jiwa Liana. Hanya anggukanyang mampu menjawab pertanyaan yang tidak diketahui jawapannya. Ubun rambut Nalia diusap mesrapenuh kasih sayang bagaikan si ibu memujuk si anak kecil. Jemari mereka masih bertaut erat. Tanpasedar, Liana terlena bersandar di kepala katil milik Nalia.

Nalia cuba mengejutkan Liana yang sedang tidur lena. Kali ini sakit yang menyerang lebih sakit daribiasa. Badannya bagaikan telah mati. Tidak berupaya untuknya bergerak walau sedikit pun sedangkanair mata sudah mengalir laju mengharapkan bantuan. Suaranya juga bagaikan sudah hilang untukmengejutkan tidur Liana. Nalia memejam matanya erat menahan sakit.Dia tahu ajalnya sudah tiba. Bibir pucatnya berkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah walaupunsejuta kepayahan yang muncul sebelum tangannya jatuh terkulai di birai katil. Lenanya tidak lagidiganggu kesakitan.*** Liana masih setia di pusara yang baru berpenghuni itu. Sudah dua hari Nalia meninggalkan merekasemua. Meninggalkan segala keperitan dan kenangan indahnya. Buku surah Yassin diletakkan di atasribanya. Lalu disirami pusara yang masih merah tanahnya dengan air dan taburan mawar merah.”Yan,” Liana dan suaminya, Hazlan menoleh apabila namanya dipanggil. Seorang jejaka tampan berdiritegak berbaju melayu ungu. Liana menginjak sedikit menghampiri suaminya. Si jejaka turut berteleku disisi pusara yang masih bernesankan kayu dan bersalut kain putih. Sekalung doa disedekahkan buat sipenghuni.”Nell, kenapa rahsiakan semuanya dari Hazrul? Apa salah Hazrul Nell buat macam ni?” kesalnya. Adagetaran pada suara yang baru didengar oleh Liana dan suami. Liana mengeluarkan sepucuk surat daribeg tangannya lalu diserahkan pada Hazrul. Permintaan terakhir dari Nell, agar diserahkan surat ni setelah dia sudah tidak ada lagi”. Hazrulmencapainya dari Liana lalu segera dibuka. Tulisan tangan Nalia masih kemas seperti dulu.Assalamualaikum.Maafkan Nell kerana terpaksa melukakan hati Hazrul. Bukan niat Nell untuk menjadi kejam cumakeadaan yang memaksa. Nell mengaku bersalah kerana berbohong pada Hazrul sejak di malam itu lagi.Nell terpaksa sebab Nell tak nak menggelapkan kehidupan Hazrul kelak.Pagi hari itu, Nell baru saja dikhabarkan tentang penyakit Nell yang sudah di tahap kritikal. Nell sedihsebab ajal Nell sudah tiba ke penghujungnya di saat Hazrul lafazkan kata-kata yang Nell tunggu selamani. Tapi, Nell tak kecewa sepenuhnya sebab sekurang-kurangnya Nell tahu Nell tak bertepuk sebelahtangan selama ni.Penantian Nell berbaloi.Abang Hazrul sayang, Nell teringin memanggil Hazrul begitu dulu. Semenjak tujuh tahun dulu, kasihsayang Nell pada Hazrul tak pernah berubah walau sekelumit pun. Semakin hari ia semakin membarawalaupun Nell telah dikecewakan. Nell sedar rintangan yang datang. Maafkan Nell kerana selama inimenganggap Hazrullah putera di hati Puteri Nalia. Terima kasih kerana sudi menyayangi gadis yangtidak sempurna ini. Nell bawa kasih sayang Hazrul dari dulu sehingga ke akhir hayat Nell ke sana.Nell berdoa moga Hazrul akan temui insan yang lebih sempurna dari Nell. Permintaan terakhir Nell,kirimkanlah sekalung doa untuk Nell di sana kelak.Wasalam.

Puteri NaliaHazrul melipat kembali surat tadi lalu disimpan ke dalam kocek poketnya.”Nell pergi dengan aman dalam tidurnya, Hazrul. Dia dah dapat apa yang dia nak. Semua harapan danimpiannya tertunai sudah sebelum dia menutup mata”, Liana bersuara.”Yan tahu semuanya?” tanya Hazrul menahan sebak.”Dari awal sehingga akhir hayatnya, Hazrul. Cuma, penyakitnya saja Yan baru tahu iaitu kira-kira tigabulan yang lepas. Dia cukup gembira malam tu walaupun dia sedih sebab terpaksa berbohong danmelukakan perasaan dia sendiri dan perasaan Hazrul,” cerita Liana.”Mungkin kami tidak ditakdirkan untuk bersama di dunia ini. Di akhirat mungkin jodoh kami semakinkuat,” Hazrul bersuara lemah. Liana menatap wajah jejak itu lama.”Apa maksud Hazrul?”. “Hazrul akan menyusul langkah Nell, Yan. Doktor baru sahkan Hazrul mengidap barah hati sebulanyang lalu. Hazrul ingat nak jumpa arwah sebelum Hazrul pergi. Hazrul ingat Hazrul yang akantinggalkan dia dulu. Rupanya, arwah dulu pergi meninggalkan Hazrul. Hazrul terkilan, Yan,” jelasnya.”Bersabarlah, Hazrul. Insyaallah, Tuhan sentiasa bersama hambaNya yang sabar,” Hazlan bersuarasetelah lama membisu menjadi saksi kepiluan di wajah Hazrul.”Kami beransur dulu, Hazrul,” Liana memohon diri. Hazrul hanya mengangguk lalu menghantarlangkah mereka dengan ekor matanya.

“Nell, seperti mana Nell membawa kasih sayang Nell sehingga ke akhir hayat Nell, Hazrul juga akanbuat perkara yang sama. Moga kita jumpa di sana kelak. Hazrul minta diri dulu. Insyaallah, esok Hazruldatang lagi, sayang. Semoga Nell aman di sana.”Hazrul mengusap kayu menggantikan batu nesan yang masih belum bertanda lalu perlahan-lahanbergerak meninggalkan pusara yang telah menyemadikan jasad orang yang paling dicintainya.Permintaan terakhirmu tidak dapat kutunaikan kerana permintaan terakhirku agar aku terusmenyayangimu sehingga akhir hayatku. Puteri Nalia, akulah putera di hatimu kerana bagiku kaulah puteri teristimewa dalam hidupku. Selamanya…..

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: